Pengurusan Tekanan Pelajar Berasaskan REBT Mastura Mahfar 9789835217739
TITLE : Pengurusan Tekanan Pelajar Berasaskan REBT - Applikasi Modul SMART Berfikir- Mastura Mahfar / Sidek Mohd Noah / Jamaludin Ahmad / Wan Marzuki Wan Jaafar
ISBN13 : 9789835217739
PUBLISHER : PENERBIT UTM (2021)
EDITION : 1ST EDITION PAPERBACK
PAGES : 268 PAGES
Description
Pengurusan Tekanan Pelajar Berasaskan REBT: Aplikasi Modul SMART Berfikir merupakan sebuah buku yang telah dihasilkan dan disusun berdasarkan penemuan kajian, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman penulis dalam bidang yang berkaitan. Pada hakikatnya, golongan remaja merupakan generasi yang menjadi tunggak harapan negaara pada masa hadapan. Namun begitu, perkembangan psikologi mereka perlu diberikan perhatian kerana zaman remaja mudah terdedah pada tekanan. Maka, buku ini berkisar kepada aplikasi Terapi Rasional Emotif Tingkah laku (REBT), iaitu salah satu pendekatan kognitif tingkah laku yang popular sehingga kini dalam membantu remaja, khususnya pelajar sekolah menengah tentang kaedah menguruskan tekanan berdasarkan kemahiran berfikir secara rasional. Berdasarkan pendekatan REBT, pemikiran tidak rasional terhadap sesuatu peristiwa merupakan penyebab utama gangguan emosi atau tekanan seseorang individu.
Buku ini membincangkan aplikasi Model ‘ABCDEF’ dalam REBT, panduan mengaplikasi REBT kepada kanak-kanak dan remaja di sekolah, proses membina modul secara berkesan, kemahiran pengendalian modul dalam kelompok, panduan menangani pemikiran tidak rasional kaunselor dan salah tanggapan klien terhadap REBT. Selain itu, buku ini juga mengemukakan satu set lengkap Modul SMART Berfikir yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik yang telah dibangunkan secara penyelidikan ilmiah berdasarkan pendekatan REBT. Garapan bahasa yang dikupas secara terperinci berserta pelbagai contoh dikemukakan menjadikan buku ini lebih mudah untuk dibaca. Oleh itu, buku ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan rujukan, khususnya buat para kaunselor di Malaysia, pengamal kaunseling, guru, ahli motivasi, ibu bapa dan ahli kesihatan mental profesional yang lain bagi membantu remaja, khususnya dalam pengurusan tekanan. Malahan, buku ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada para pelajar dan pensyarah di kolej, institut pendidikan guru dan institusi pengajian tinggi serta dijadikan sebagai asas panduan oleh pembina modul dalam menghasilkan sesuatu modul.