Asas Statistik Penyelidikan [Buku 2] 4E Chua Yan Piaw 9789670761510
TITLE : Asas Statistik Penyelidikan [Buku 2] Chua Yan Piaw
ISBN13 : 9789670761510
PUBLISHER : MCGRAWHILL (2021)
EDITION : 4th Edition PAPERBACK
PAGES : 542 PAGES
Description
Buku Asas Statistik Penyelidikan, Edisi Keempat ini memuatkan 14 bab yang membincangkan tujuh aspek utama penyelidikan, iaitu (1) statistik deskriptif dan statistik inferensi, (2) analisis data kualitatif, (3) penyediaan data dalam SPSS, ujian normaliti dan ujian kebolehpercayaan instrumen kajian, (4) analisis data menggunakan ujian-ujian statistik, (5) analisis data pelbagai respons, (6) pemodelan persamaan struktural dan (7) melaporkan hasil analisis data kuantitatif. Antara tajuk yang dibincangkan termasuklah penyediaan data untuk program SPSS and ATLAS.ti, statistik kebolehpercayaan instrumen kajian, analisis data secara langkah demi langkah menggunakan program SPSS bagi ujian Khi Kuasa Dua, ujian-t, ujian ANOVA, ujian ANCOVA, ujian korelasi, ujian regresi pelbagai, ujian respons pelbagai, analisis pemodelan persamaan struktural (SEM) serta cara melaporkan hasil analisis data kuantitatif berdasarkan format APA. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh penyelidik ketika mereka menjalankan dan melaporkan penyelidikan mereka. Ia merupakan panduan praktikal bagi mereka yang terlibat dalam penyelidikan. Ia merangkumi hampir semua aspek metodologi penyelidikan dan merupakan alat pengajaran dan pembelajaran yang berguna untuk kursus yang berkaitan dengan penyelidikan di peringkat sarjana dan pascasiswazah.