Asas Statistik Penyelidikan 2E [Buku 3] Chua Yan Piaw 9789675771705
TITLE :Asas Statistik Penyelidikan - Analisis Data Skala Likert [Buku 3] Chua Yan Piaw
ISBN13 : 9789675771705
PUBLISHER : MCGRAWHILL (2013)
EDITION : 2nd Edition PAPERBACK
PAGES : 373 PAGES
Description
Skala Likert banyak digunakan dalam soal selidik kajian tinjauan dan merupakan skala ordinal yang sesuai dianalisis dengan menggunakan ujian-ujian bukan parametrik. Buku ini ditulis khas untuk menganalisis data item-item soal selidik yang bercorak skala likert. Buku ini yang megandungi 11 bab membincangkan persediaan data, transformasi data kajian untuk program SPSS, dan Analisis skala ordinal dengan menggunakan ujian statistik bukan parametrik seperti ujian Mann-Whitney U, ujian Wilcoxon T, ujian Kruskal-Wallis H, ujian Friedman dan ujian Korelasi Spearman. Dua analisis lain yang berkaitan dengan data skala Likert, iaitu ujian Khi Kuasa Dua dan ujian kolelasi Cramer V juga dimuatkan dalam buku ini. Selain itu, cara melaporkan hasil analisis data mengikut format APA dibentangkan dalam bab terakhir buku ini.
Buku ini disediakan bentuk yang sistematik, mudah difahami dan sesuai untuk mahasiswa universiti awam dan swasta yang mengambil kursus yang berkaitan dengan metodologi peyelidikan and statistik. Cara penulisan buku ini mesra pembaca dan mudah diikuti oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti peyelidikan. Bagi mahasiswa universiti, buku ini memberi garis panduan yang mudah dan sistematik berhubung dengan penggunaan statistik dalam proses analisi data. Kaedah statistik yang digunakan diberi penjelasan dan diikuti cara penggunaan berdasar perisian komputer SPSS.